Tuesday, June 24, 2014

Miyao & Marble: "Photoshoot"

Semalam entah kenapa kucing-kucing aku ni galak berposing meminta perhatian.. terutama si Miyao a.k.a Momok tu.. tapi si Momok ni memang kaki posing.. lagi suke kalau kita pakaikan die tudung atau pape sarung, lagi galak die berPOSING~~hehehe 

Marble lak tak suke and susah sangat nak amik gambar die.. 

Antara gambar-gambar posing dua ekor ni:

ABAM MIYAO a.k.a MOMOK
Miyao memang suke 'bertudung"

"Ayuu gituu"

Apela nasibku..

Ala-ala pak Arab ke..

Abam ni jantan ke betina??


MARBLE a.k.a ADIK

Ade gaye model tak?

Ape tu??

Hi..

Adik Marble nak groom diri

Ala-ala comei la konon

Cakk!

Malu-malu gituu

Selfie

Sunday, June 22, 2014

Resipi: Kimbab @ Nasi Rumpai Laut.. hehe

Akhirnya tertunai gak nak wat Kimbab ni kat umah Sentul sebelum aku balik ke Klang. Memandangkan cik Ekin datang melawat Sentul lagi semalam, aku bercita-cita nak buat gak Kimbab!! sebab cik Ekin kita sendiri pernah wat Kimbab.. so leh mintak tolong ajar dari sifu.. hehe

K, bahan-bahan nak wat Kimbab:


  • 2 cawan Beras SUMO - masak nasi macam biasa - campur garam untuk lebih rasa
  • 7 keping Kepingan rumpai laut (seaweed) - depends banyak mana kita nak wat
  • 2 Sosej - rebus dan setiap sosej potong panjang 4 bahagian
  • 1/2 biji Timun - buang seeds tengah & potong panjang 
  • 2 biji Telur - pukul setiap biji telur dan goreng - potong memanjang
  • Minyak bijan
  • 1 ikat bayam - celur dan gaul dengan sos bijan
  • 1/2 lobak - rebus sampai lembut dan potong panjang


Semua bahan-bahan

3 in 1 seaweed... with free 1 sushi bamboo mat
Seaweed ni ade jual kat Aeon AU2. Yang aku beli ni 3 peket RM17.90 siap free bamboo mat. Kalau nak beli asing, harga 1 peket Seaweed ni RM6.90. Harga bamboo mat plak RM4.90.

Sosej, Timun & Lobak

Telur goreng potong panjang
Bayam gaul dengan minyak bijan
Bahan-bahan dah sedia untuk mula
Cara nak wat Kimbab:

1- Letak seaweed atas bamboo mat
2- Ratakan nasi atas seaweed. Amatlah disarankan untuk meratakan nasi sampai ke semua permukaan seaweed, untuk memudahkan seaweed roll lekat dengan cantik (Aku xwat betul2 tu.. huhu)


3- Letak sosej, telur, timun, bayam di tengah-tengah nasi.

Letak bahan-bahan
4- Gulung seaweed dengan bamboo mat.

Gulungan kimbab berjaya!
5- Potong/hiris dan sajikan....

Selamat menjamu selera..
Serius nak wat sos kimbab.. tapi tak sedap... hahaha

Thursday, June 19, 2014

Kutu Kucing: Ubat paling mujarab untuk bunuh kutu

Kutu kucing... sape ade kucing.. yang ada kutu.. korang tau la betapa geli + kesian ngan kucing-kucing tu sebab diorang akan asik menggaru-garu kat badan dan telinga sampai macam nak terputus jek aku tengok telinga diorang tu.. huhu

Pada asalnya, kucing-kucing kitorang ni memang bebas kutu, tapi lepas kitorang adopt sekor kucing dari jalanan, semua kucing kitorang kena jangkitan KUTU

Jangkitan-jangkitan kutu tu memang tahap KRONIK la.. sebab macam-macam ubat kutu kitorang guna memang tak berkesan.

Masa kitorang gi PetShop, auntie tu sarankan guna 1 ubat syampu ni:


Ubat syampu untuk bunuh kutu

Monday, June 16, 2014

Farewell Lunch Treat

Alhamdulillah... setelah 2 tahun (pengalaman tempat kerja paling lama) lebih aku kerja kat Sentul ni, akhirnya aku dapat gak tawaran kerja kat tempat lain. Area kerja 20 minit jek dari umah family aku kat Klang! Last day aku kat tempat kerja Sentul ni 24hb Jun, jadi tolak tambah seminggu lagi!! 

Yahoo!!

So, Jumaat lepas Kak Faridah and Kak Depp Omar belanja aku ngan Aini (die pon resign gak selepas setahun kerja kat sini-last day 26hb Jun) makan kat Tony Roma's di The Curve... 

Yeay!! Orang nak belanja makan.. sape tak nak kan??? hehe

Sampai-sampai jek bende wajib buat ialah amik gambar.. hahaha.. siap bawak MONOPOD tau..