Sunday, June 22, 2014

Resipi: Kimbab @ Nasi Rumpai Laut.. hehe

Akhirnya tertunai gak nak wat Kimbab ni kat umah Sentul sebelum aku balik ke Klang. Memandangkan cik Ekin datang melawat Sentul lagi semalam, aku bercita-cita nak buat gak Kimbab!! sebab cik Ekin kita sendiri pernah wat Kimbab.. so leh mintak tolong ajar dari sifu.. hehe

K, bahan-bahan nak wat Kimbab:


  • 2 cawan Beras SUMO - masak nasi macam biasa - campur garam untuk lebih rasa
  • 7 keping Kepingan rumpai laut (seaweed) - depends banyak mana kita nak wat
  • 2 Sosej - rebus dan setiap sosej potong panjang 4 bahagian
  • 1/2 biji Timun - buang seeds tengah & potong panjang 
  • 2 biji Telur - pukul setiap biji telur dan goreng - potong memanjang
  • Minyak bijan
  • 1 ikat bayam - celur dan gaul dengan sos bijan
  • 1/2 lobak - rebus sampai lembut dan potong panjang


Semua bahan-bahan

3 in 1 seaweed... with free 1 sushi bamboo mat
Seaweed ni ade jual kat Aeon AU2. Yang aku beli ni 3 peket RM17.90 siap free bamboo mat. Kalau nak beli asing, harga 1 peket Seaweed ni RM6.90. Harga bamboo mat plak RM4.90.

Sosej, Timun & Lobak

Telur goreng potong panjang
Bayam gaul dengan minyak bijan
Bahan-bahan dah sedia untuk mula
Cara nak wat Kimbab:

1- Letak seaweed atas bamboo mat
2- Ratakan nasi atas seaweed. Amatlah disarankan untuk meratakan nasi sampai ke semua permukaan seaweed, untuk memudahkan seaweed roll lekat dengan cantik (Aku xwat betul2 tu.. huhu)


3- Letak sosej, telur, timun, bayam di tengah-tengah nasi.

Letak bahan-bahan
4- Gulung seaweed dengan bamboo mat.

Gulungan kimbab berjaya!
5- Potong/hiris dan sajikan....

Selamat menjamu selera..
Serius nak wat sos kimbab.. tapi tak sedap... hahaha

No comments:

Post a Comment