Monday, June 16, 2014

Farewell Lunch Treat

Alhamdulillah... setelah 2 tahun (pengalaman tempat kerja paling lama) lebih aku kerja kat Sentul ni, akhirnya aku dapat gak tawaran kerja kat tempat lain. Area kerja 20 minit jek dari umah family aku kat Klang! Last day aku kat tempat kerja Sentul ni 24hb Jun, jadi tolak tambah seminggu lagi!! 

Yahoo!!

So, Jumaat lepas Kak Faridah and Kak Depp Omar belanja aku ngan Aini (die pon resign gak selepas setahun kerja kat sini-last day 26hb Jun) makan kat Tony Roma's di The Curve... 

Yeay!! Orang nak belanja makan.. sape tak nak kan??? hehe

Sampai-sampai jek bende wajib buat ialah amik gambar.. hahaha.. siap bawak MONOPOD tau..



With Kak Depp.. Menu pon nak tumpang glamer kan..
Kak Faridah and Aini.. die pon nak posing ngan Menu gak..

Aku cakap betul la.. bila tengok harga dalam menu tu kan.. aku rasa kalu la sebelum ni aku saja2 nak try masuk Tony Roma's, aku order air jek kot.. SEBAB... 

HARGA MAKANAN DIA MAHAL2 K!!

Mahal la bagi aku.. sebab aku ni gaji ciput jek.. manala mampu nak beli makan mahal-mahal ni kan.. Seoul Garden tu lain la.. paling mahal bayar RM50 pon leh makan macam2.. ni kalu 1 jenis pon dah nak RM40 (paling murah plak tu) baik aku g makan kat Seoul Garden kan.. lagi puas~ hahaha

Tapi alhamdulillah dapat gak rasa nak macam kat Tony Roma's ni (sebab orang belanja kan).. Specialty kat Tony Roma's ni adalah Ribs and Steak die.. harga?? jangan try nak makan kalu RM50-RM100 tak da dalam poket ye.. huhu..

So haritu Kak Faridah yang order segala makanan sebab die BIASA makan situ... huhh

Macam biasa, posing-posing dulu sebelum semua makanan sampai kan..



Ni dia 1st makanan kitorang..

KICKIN' SHRIMP
Ni dalam Menu Tony Roma's
Posing lagi.. pesal la muka aku tak semangat kan..

Erm.. enjoy bebenor Kak Faridah makan udang. hehe
Ni air yang aku order.. sedap giler!
MINT & FRUIT DREAM

Our main DISH..
BOUNTIFUL BEEF RIBS

Sodapppp!!!

Ha.. yang atas tu ROMA'S SAMPLER

"Camni makan ribs!!" kata Kak Faridah
Lastly.. Strawberry Short Cake with Ice Cream for dessert
Blurpp.. memang kenyang giler makan makanan haritu.. THANKS A LOT kat Kak Faridah and Kak Depp sebab belanja kitorang makanan MAHAL ni semata-mata nak celebrate farewell kitorang kan.. 

InsyaAllah kitorang tak kan lupa kedua-dua akak yang sangat-sangat baik ni bila dah kat tempat kerja baru...

Salam IKLAS dari kami berdua!!

No comments:

Post a Comment