Sunday, June 3, 2012

Resipi: Makaroni Bakar


Dah lama rasanyer aku tak buat makaroni bakar nie... nak sediakan bahan2 bukan main lame..makan kejap jek dah abis~

Papepun persediaan bahan n masak2 semua nie amik masa sejam jek...

P/S: Kalau sesapa rase diri die berkolesterol tinggi, jgn mkn byk sgt ye... tgk bahan2 pon dh tau amat tidak sesuai utk mereka2 ini... hehehe ^^

JOM MASAK!!

Makaroni Bakar
Bahan-Bahan:


1 mangkuk/cawan macaroni (agak2 jela) - rebus
2 ketul dada ayam – potong kecik2, then rebus dengan air garam sikit
4 biji telur - pukul/kacau
2 bawang besar – hiris bulat2
½ buttercup
6 keping cheese – (3 keping hiris2 utk masuk dlm adunan, 3 keping utk topping)
Daun bawang+sup – hiris sikit

Cara Masakan:
1.       Rebus macaroni dalam periuk (tambah sikit minyak supaya macaroni tak berminyak). Kacau lepas mendidih. Bila nampak macaroni tukar warna kuning lembut, toskan. Basuh macaroni dengan air supaya macaroni tak melekat.

2.       Rebus ayam dengan air garam. Lepas ayam dah masak, air rebusan jangan buang, simpan 1 mangkuk (Stok ayam). Carik daging ayam halus2.

3.       ‘Saute’ (goreng) bawang besar dengan 1/3 butter. Sauté sampai naik wangi.


1.       Masukkan macaroni yang dah rebus tu ke dalam bekas/mangkuk besar. Campurkan semua bahan2 (bawang yang telah di'saute'+ayam+telur+baki butter+hirisan daun bawang,sup+stok ayam+hirisan cheese) sikit2.

2.       Setiap kali masukkan bahan, kacau sebati.

3.       Sediakan mangkuk besar yang tahan dalam microwave/oven. Sapukan sikit butter kat keliling mangkuk tu supaya adunan tak melekat.

4.       Masukkan semua bahan yang dah dikacau sebati masuk dalam mangkuk.

5.       Hiaskan baki 3 keping cheese atas adunan.


1.       Masukkan adunan dalam microwave dan masak sehingga 20 minit.

2.       Selepas 20 minit……
TADAAAA!!!  Siap!!!




No comments:

Post a Comment