Friday, April 25, 2014

10kg dalam 5 bulan!!

Apa yang 10kg?? dalam 5 bulan??

10kg beras dalam 5 bulan?

Makanan Momok sekeluarga 10kg dalam 5 bulan?

Hehe.. bukan.. bukan..


Aku HILANG BERAT BADAN 10KG DALAM 5 BULAN!!!




Hilang/Turun 10kg berat badan dalam 5 bulan agak-agak NORMAL tak? Sebabnya aku hanya jaga diet (kononla..) without extreme exercises.


Yer..aku tau.. walaupun aku dah kurang 10kg, aku masih lagi dalam kategori BADAN BESAR k.. (tak nakla sebut perkataan 'G***K' tu yang sememangnya dalam kalangan 'OB**'.. huhu)

Semangat tiba-tiba nak kurangkan berat badan nie sememangnya bermula lepas aku rasa baju kurung yang aku pakai makin ketat kat bahagian lengan dan perut (time tu dah rasa 'OMG!!!! What have I done???!!!'). Of course la sebab hari-hari aku asik makan nasi time lunch and dinner.. memang tak ingat dunia hari-hari wat nasi goreng kan..... 


******
Menu mengGEMUKkan aku dulu:

BREAKFAST: Nasi goreng/Mee Goreng + Ayam Goreng + Keropok Ikan 
(Menu nie memang dah pernah keluar paper, makanan paling banyak kolestrol sekaligus banyak gak la kalori die)

LUNCH: Nasi (penuh) lauk Ayam + Sayur

DINNER: Nasi goreng + hotdog + telur

SNACK: KFC, McD, Secret Recipe, segala chips


******

Lepas aku rasa berat aku dah makin melampau-lampau (sampai sakit lutut tu), terus nekad nak kuruskan/kurangkan berat badan aku.. time tu plak aku nampak iklan pusat Dorra Slimming yang kononnya bagi free session masa aku dapat Coupons dari Aeon Bukit Tinggi (sebab aku MEMBER kad Aeon).

Bersemangatla wat survey kat website Dorra ni (tak terpikir nak baca review dari orang-orang yang pernah g Dorra), then g la daftar kan diri... Esoknya wakil Dorra kol untuk setkan appointment ngan diorang kat Aeon Bukit Tinggi (nasib baik dekat sangat ngan umah aku kat Klang ni).

Tapi.. lepas aku g, MENYESAL sangat2.. sebab dah terperangkap dengan diorang ni.. Konon treatment yang aku wat tu nilai beribu-ribu, tapi sebab aku tegas tak nak join, diorang konon bagi aku member price RM500.. beria suh aku bagi kad kredit (nasib aku takde kad kredit, kalu tak mahunyer diorang dah potong beribu-ribu). So, jaga-jaga la kalu nak g mana-mana pusat slimming ni. Walaupun aku korbankan RM500 cash untuk konon jadi member dan dapat 5 free (yang tak free pon) session, aku tegas nak diorang punyer DIET PLAN yang akhirnya dapat buat aku jaga makan+diet!


Ni antara diet makan seharian aku (walaupun ade gak hari-hari yang aku CHEAT.. banyak hari gak la sebenarnya.. haha):


******

BREAKFAST (8-9 pg): 2 roti wheat germ + Tuna mayo (kadang2 letak telur goreng.. bertambah2 kenyang)

LUNCH (12-1 ptg): Mihun Sup @ Nasi lauk (1/2) + Ikan @ Ayam + Sayur (banyak tau!)

DINNER (Sebelum 8.30 mlm): Hanya boleh makan ikan sahaja @ ayam sahaja + sayur @ sayur + buah @ buah + yogurt

JANGAN SESEKALI MAKAN MAKANAN BERKARBO waktu malam!! Macam NASI @ ROTI

SNACK:  Kadang-kadang buah, Yogurt (memang masam + tak puas.. haha)


******

Tapi kan.. RAHSIA kurus paling berkesan adalah AIR!! 

Yer, AIR.. tapi air kosong la.. kalu telan air gas, air manis, diet macam mana pon tak guna...

Sehari paling kurang minum 2L air! paling banyak aku minum sehari 3L.. tapi betul-betul rasa nak muntah masa mula-mula asik minum air kosong.. tapi lama-lama nanti dah biasa sampai rasa tak suka minum minuman manis.. SERIUS~~

Lepas tu aku install app MyFitnessPal dari PlayStore dalam handphone aku.. app ni untuk kira kalori (mungkin tak berapa accurate kiraan kalori tu, tapi leh jadi panduan jela) kite makan hari-hari..


MyFitnessPal Diary

Dalam app tu kita boleh target nak kurangkan berat badan sampai berapa kg, then set nak turun berapa kg dalam seminggu (aku pilih 1kg seminggu, walaupun takdela turun betul 1kg seminggu..haha)

App tu cadangkan aku hanya ambil 1200 kalori sehari.

So, bermula la catitan diari pemakanan aku hari-hari. Aku akan pastikan kalori makanan yang aku makan tak lebih dari 1200.

Selain tu, aku sekarang ambil pakej kelas YOGA RM70 sebanyak 12 kelas kat EzBlast Prima Sri Gombak. just untuk kesihatan diri (berpeluh-peluh gak buang kalori sambil beryoga tu) setiap hari Selasa.. walaupun kadang-kadang kitorang ada skip kelas setiap minggu.. hehe

Bila dah beli penimbang berat badan, aku kenala pantau berat badan kan.. bermula dari awal aku mula jaga makan, aku dah turun betul-betul 10kg dalam 5 bulan! bulan pertama aku berjaya turunkan 3kg.. tapi lepas tu berat badan turun secara perlahan. Rasanya kalu aku aktif bersenam mesti lagi cepat turun kan..^^

OK, tak nampak sangat perbezaan sebab pakai baju kurung (konon).. tapi lengan masih besar..hmm
Banyak perbezaan yang aku rasa kat pinggang (dah turun banyak) sebab seluar jeans yang aku pakai sekarang dah macam seluar pinjam (pinjam ayat roomate aku). Sampai kena tarik tali pinggang panjang-panjang ler...

Last week aku g try seluar jeans kat kedai, memang aku dah patut tukar saiz lagi kecik (yahooo!!!)

Target aku nak turun sebanyak 30kg!! banyak tu... Maybe kalu aku teruskan diet camni agak-agak tahun depan dah KURUS tak?? berangan sudeyyy...

Papepon.. 


NAK SERIBU DAYA.. TAK NAK SERIBU DALIH!!

No comments:

Post a Comment